
Terus dan terus. ![]() Tuesday, 10 September 2013 • 07:50 • 0 comments ![]() Esha ada banyak kawan. Memang banyak sangat tapi esha tahu tak semua kawan yang kita ada akan suka dengar masalah kita. So esha ambil keputusan untuk tak cerita apa apa dekat mereka. Esha tak nak bebankan otak mereka dengan masalah esha yang tak ada lah seberat mana. Hm ada orang kata esha boleh kuat. Yes esha pasti kuat, esha mesti kuat dan esha akan kuat tapi semua tu semangat luaran :( Malam ni esha cuba untuk kuat tapi terserlah kelemahan esha bila esha berjaya menitiskan air mata hanya kerana sebab kecil. Esha dah penat. Esha dah tak kuat. Esha dah lemah. Esha tak tipu esha dah tak sanggup nak rasa semua ni. Esha betul betul lemah, esha rasa nak mati pun ada. Siapa lagi yang boleh faham esha? Kalau lah dekat dunia boleh mohon untuk 'mati' esha rasa esha lah orang pertama yang akan mohon :( Ya Allah, kenapa kau bagi aku ujian seberat ni? Kenapa mesti aku yang kau pilih. Aku lemah ya allah. Aku tak sekuat orang lain, aku tak sehebat orang lain. Aku cuma seorang insan yang lemah. Insan yang tak mampu nak lalui semua ni seorang diri. Kenapa aku :(Salah ke esha simpan semua kesedihan dalam hati? Salah ke esha cuba tunjukkan sikap positif pada mereka? Esha cuma nak mereka tahu esha bahagia, esha taknak mereka tahu apa yang esha rasa. tapi sebaliknya apa yng esha dapat? Mereka cakap esha lupa masalah lupa kawan lupa semua. Ya ALLAH, esha tak pernah lupa semua beban yang esha pikul, esha cuma nak tunjukkan yang esha kuat :( Tolong lah jangan desak esha untuk betul betul lupa semua tentang kita. Tolong lah jangan paksa esha untuk cuba lupa apa yang berlaku. Hah esha memang ego dengan perasaan esha sendiri tapi esha cuba dah nak jaga hati semua. Esha dah cuba tak nak bergaduh. tapi semua esha buat semua nampak salah. Esha salah dalam semua hal, esha memang pesalah dalam semua hal kan --' TERUS DAN TERUS cakap pasal esha. Esha ego. Esha selfish. Esha lupa kawan. Esha apa lagi terus kan semua. Semua yang mereka pernah cakap esha tak pernah terasa sebelum ni tapi lepas apa yang jadi, mereka nak ungkit? Esha mengaku semua sikap buruk semua ada pada esha. Memang esha suka menangkan perasaan sendiri. Esha memang bodoh. Esha tak pernah ada niat nak dera hati orang. Esha tak tegur dia ada sebab, esha taknak dia terus terluka dengan sikap esha lepas ni. Esha tak nak apa apa beban akan dia pikul lepas ni. Esha tak nak kami bergaduh lagi. Esha tak nak benda lepas berulang balik. Esha dah tak kuat nak lalui semua ni sorang sorang tanpa ada orang memahami. Hmm maybe memang 'dia' mencipta langit dan bumi dah takdirkan persahabatan kami tergendala dan maybe setakat ni je persahabatan kami berhenti. Esha redha kalau ni ujian yang esha dapat. See you soon :(
|
WELCOME TO ALL
![]()
Hi peeps. Welcometo my blog, Hello! Dont walk behind me, i may not lead, Dont walk in front me, i may not follow. Just walk beside me and be my friends :) SHOUT HERE
Maaf saya bukan pengguna cbox FOLLOWERS ![]() FOLLOWER CODE CREDIT
Template by : Azkiya Kiya Basecode by : Dirah Sor Header by Ceknisasapet Helped by Candy Ersynx Re-edit by Intan Esha
|